? ??????????????Sunset Beach? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??932 Grabs Today. 7064 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????Mountain Waterfalls? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??756 Grabs Today. 2660 Total Grabs. ??????Preview?? | ??G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, September 1, 2010

PENCEMARAN UDARA


Sumber:rieko.wordpress.com/2009/03/17/p...ngannya/
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).
Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
Sulfur dioksida
Karbon monoksida
Nitrogen dioksida dan ozon
Alergen
Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
Pelepasan asap kenderaan
Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereata
Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
Pembakaran hutan
Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
Kesihatan terjejas
Pertanian yang tidak produktif
Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
Mengotorkan persekitaran - habuk
Sumber :
Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

Wednesday, July 14, 2010

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Punca Pencemaran
Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.
Kesan Pencemaran
Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

Wednesday, June 30, 2010

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN FLORA DAN FAUNA

Bagi memelihara dan memulihara hutan dan hidupan liar,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi hidupan liar di Negara kita.
Taman Negara terdiri daripada Taman Negara Pahang,Taman Negara Bako,Taman Negara Niah,Taman Negara Similajau,Taman Negara Kinabalu,Taman Negara Mulu dan Taman Negara Crocker.
Hutan Simpan terdiri daripada Hutan Simpan Endau-Rompin,Hutan Belom.Taman Laut terdiri daripada Taman Tunku Abdul Rahman,Taman Pulau Tiga dan banyak lagi.Tempat Perlindungan Hidupan Liar juga terdiri daripada Hutan Simpan Endau-Rompin dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Lanjak Entimau.
Langkah-langkah Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Flora Dan Fauna:
1.Penghutanan semula.
2.Mewartakan Hutan Simpan,Taman Negara dan Hutan Lipur.
3.Mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan memburu binatang.
4.Penebangan terpilih.
5.Menguatkuasakan undang-undang.
6.Kempen kesedaran.
7.Rawatan silvikultur
8.Penyelidikan untuk menghasilkan baka pokok yang bermutu tinggi.